Monday, May 28, 2012

Sekali lagi ...

Assalamualaikum. w.b.t. ehh ehh sihat tak ? perut kenyang hati pun senang kan :) pada malam yang syahdu bersamaan 7 Rejab, cewahhhh. tajuk malam ni pun macam poyo ja kann? macam nama filem pulak dahh. exculy ada something disebalik semua tuu :') 

hmm malam ni bila aku baca blog kak Mira neh, sekali lagi hati aku tersentuh, sekali lagi hati aku rasa resah, sekali lagi aku rasa sedar, sekali lagi hati aku terbuka, sekali lagi aku rasa tak sedap hati.. Apa makna semua ni ? entry kak mira dah bukak mata aku, hati aku. yaa ! yang sebenarnya Allah yang dah bukak hati aku nak baca entry kak mira. Mungkin Allah nak aku ambik pengajaran dari kisah kak mira tuu :') hmm aku terharu dengan cerita dia. macam mana dari seorang yang dia gelar jahil boleh jadi seorang muslimah yang sejati ? Indahnya kalau aku boleh jadi macam tuu.. Ya Allah, aku teringin sangat. aku tau diri aku yang sekarang sangat jahil di mata Mu :( aku nak sangat ubah segalanya tapi kenapa ada banyak benda yang menghalang.. aku tak tau nak mula macam mana :/


SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH :)

Aku cuma boleh berdoa ja sekarang supaya Allah bukak jalan untuk aku teruskan niat aku.. tapi aku takot kalau aku berubah hanya sementara, syaitan sentiasa akan halang kita goda kita dari buat benda yang baik. aku takut tak kuat nak lawan nafsu. time kita remaja macam ni memang senang sangat untuk kita jatuh, untuk kita lalai dengan godaan syaitan..kalau boleh memang aku nak perubahan aku ni akan berterusan :) Semoga ada jalan untuk aku.. sebenarnya hidayah dah lama sampai dalam diri kita cuma kita ja tak bukak hati kita nak terima. kita pikir ahhh awal lagi nak buat semua tu, panjang lagi perjalanan aku. tapi kita silap :) kita tak tahu bila ajal kita akan sampai... yaaa, aku bersyukur sebab Allah dah bukakkan hati aku untuk aku lihat hidayah tuuu. aku bersyukur sebab dia kurniakan aku hidayah.. aku tak mungkin sia-siakan sebab bukan mudah untuk seseorang tuu nak dapat hidayah.. aku dah nekad nak mulakan semua ni. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat pada hamba-Nya..

NAK BERUBAH MEMANG MUDAH, TAPI NAK ISTIQAMAH 
                       TAK SEMUDAH NAK BERUBAH :) 



Sekarang baru aku sedar aku ni sangatlah teruk dibandingkan dengan orang lain. aku suka tengok perempuan lain yang dah berubah yang ikut jalan yang betul.. aku kadang-2 lalai yang menutup aurat itu wajib, sebab apa? sebab iman kita belum cukup kuat lagi, kita tak mampu nak lawan nafsu dengan godaan syaitan lagi. Bukan senang nak lalui semua ni..dengan zaman sekarang yang fesyen membuak-buak.. benda-2 macam ni lahh kadang-2 akan buat seseorang tu lalai, tak salah kalau nak berfesyen tapi biarlah menutup aurat dan menutup maruah kita dan dapat elakkan dari kita bertabbaruj. zaman sekarang susah sangat nak cari perempuan yang betul2 muslimah, yang bukan i'm muslimah hanya pada nama tapi diri tak.. Hm insyaAllah kalau niat aku betul, aku yakin Allah akan tolong aku :) Yang tertutup itu lebih indah dari yang terdedah, yang tertutup itu lagi tinggi nilainya dari yang terdedah, yang tertutup itu lagi tinggi maruahnya dari yang terdedah.. Aku cuma harap sekarang yang aku betul2 boleh berubah sekarang :) Amin Ya Rabbal Alamin... Assalamualaikum..


Di sebalik penampilan seorang anak, terselit keperibadian kedua-dua orang tua iaitu IBU DAN BAPA :) 









Kura-kura comel cakap I LOVE YOU

No comments:

Post a Comment