Friday, May 25, 2012

Berubah :>




Hai.. aku tak tau kenapa dengan aku sekarang. perasaan aku memang bercampuq macam-2. tension lah macam ni :( kenapa jadi macam ni ? aku rasa tak senang hati tak sedap hati semacam jaaa. Ya Allah, terangkanlah hati hamba-Mu ini.. sometimes aku rasa macam nak menangis jaa bila jadi macam ni. tapi tak dak sebab aku nak menangis cuma sebak macam mana tahh. kenapa ni jehan ? ishhhh tak suka macam ni T________T

Kekadang bila aku duduk sorang-2, aku mesti akan terpikir banyaknya dosa aku. segala ibadat yang selama ni kita buat entah diterima ataupun tak. and sampailaa aku akan fikir aku nak berubah. aku nak sangat berubah. aku nak jadi sesuatu yang lain, memang lah orang cakap jadi diri sendiri tu lebih baik tapi aku nak berubah ke arah yang lebih baik. aku nak sokongan orang tapi dalam masa yang sama aku tak boleh bayang nak hadapi mulut orang. mulut manusia kan? berubah sikit jaa perli2 lahh. kata bajet alim lahh. tapi takpaa, mungkin hampa tak terbuka lagi hati nak pikir semua tu :) 

Yang pertama, aku ada niat nak pakai tudung labuh. aku admit bila aku tengok orang yang pakai tudung labuh, aku sendiri sejuk hati tengok dia. tapi apa pandangan orang lain yang pentingkan fesyen tu ? mesti diorang akan kata ehh kolot lah kau ni, tak advanced lansung. but diorang tak tawu yang orang yang pakai tudung labuh tu advenced di mata Allah SWT. Hm aku pun teringin nak pakai, mungkin tu salah satu cara aku boleh insafkan diri aku. selalu orang cakap kan kalau yang pakai tudung labuh tu mesti kuat agama kan? pandangan aku pun macam tuu, tapi kita pun tak boleh pandang orang dari segi luaran ja. and kalau yang mulut best sikit tu mesti akan cakap, alaaaa pakai tudung labuh macam baik sangat. hm jujur lah aku cakap aku tak suka orang cakap macam tu. biarlaa kat dia, at least dia tak kacau hang. sebab2 macam ni lah kekadang buat niat aku terbantut :| Hm bagi aku lah kan, dia baik ka tak tu hal dia tapi kalau dia bukan perempuan yang baik dia tak buat la tuntutan Allah kan ? 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan hijab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Yang tertutup itu indah :) cuba hampa bayang, buku kalau kita balut dia kemas tanpa terbukak cantik tak ? cantik kan ? cuba pulak bayang buku yang tak dibalut, yang terbiar macam tu ja? ok dari situ pun kita boleh paham kan. and cuba tengok benda yang tertutup, indah ja kan? jadi sama lahh dengan perempuan. kalau tutup aurat dengan sempurna indah jaa kita tengok. dan dalam firman Allah pun Allah dah cakap supaya kita labuhkan tudung kita sampai menutup dada. dan bila orang yang pakai tudung labuh ni, dia mesti tak kena ganggu sebab dalam firman Allah pun ada cakap dahh. Sebab tu lahh kita tengok orang yang pakai tudung labuh ni ada tak lelaki tepi jalan nak kacau dia ? tak kann ? sebab laki tu tau dia tak layak nak kacau perempuan yang baik2 :) and cuba pulak kalau yang seksi2 lalu ? bermacam-macam rentak tikus ada. kan kan ? dari situ kita boleh tengok perbezaan antara dua orang perempuan. dan disitu jugak kita boleh tengok tingginya maruah seorang perempuan :)


Nak pakai tudung labuh tu adalah salah satunya impian aku. kalau aku tak boleh pakai sekarang, lepas kahwin InsyaAllah aku akan capai jugak impian aku. sebab aku nak jaga maruah aku dan paling penting maruah suami aku. tapi lambat lagi kan. hehe so aku akan usaha bagi boleh time usia muda lagi. entah dan ke tak sampai ke alam perkahwinan tu kita pun tak tau kan.. cuma sekarang aku harap hampa semua doakan aku.. aku bukan nak bajet alim ka apa tapi ni salah satu langkah aku insafkan diri aku, ingat betapa banyaknya dosa yang aku dah buat. and yang paling penting biarla perubahan tu datang dari hati yang ikhlas yang betul2 nak berubah kerana Allah. tapi bukan luaran saja yang berubah yang dalaman pun kena berubah jugak.. yang paling penting kita kena bukak hati kita untuk berubah. doakan aku :') semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah.. Amin.. Assalamualaikum..


Kura-kura comel cakap I LOVE YOU

No comments:

Post a Comment