Friday, May 25, 2012

7 Golongan Yang mendapat Naungan Allah SWT di akhirat :)


Salam jumaat kawan-2 :) Ehem sihat? Memandangkan hari ni hari jumaat so kami 
nak share something lah kan. boleh kata tazkirah sikit :) hehe erm kenapa hari jumaat dikatakan penghulu segala hari ? sebab hari jumaat kita boleh dapat banyak penghargaan berbanding dengan hari lain. Lagipun hari jumaat adalah hari bagi umat islam.. Jadi sapa yang ada peluang boleh buat ibadat tu buat laa time hari jumaat neh. dapat rahmat banyak hampa tau? Kita kena selalu ingat kita tak kan tau bila kita akan mati, mungkin esok mungkin lusa dan mungkin hari ni. ajal maut semua dekat tangan Allah, bila-2 masa ja Allah boleh tarik nyawa kita kalau Allah nak. tujuan kita hidup sebab nak kutip bekalan yang kita akan bawa di akhirat nanti. Kita tak boleh bayang kann macam mana hari akhirat tu, hari perhitungan hari pembalasan tu. kalau kita fikir mesti rasa takot kan tapi takot saja tak guna kalau kita masih tak bukak hati kita lagi nak terima semua tu :) 

" Lahirnya insan ke dunia disambut dengan alunan azan, manakala perginya seorang insan diiringi dengan solat. Singkatnya hidup ini kerana jaraknya cuna di antara azan dan solat " 

Jom kita start, ehee tadi tu entro dulu brohh. Hahah,

Pada hari pertama pengadilan kita di padang masyar, seluruh umat manusia akan berhimpun semenjak manusia dari zaman Nabi Adam sampailaa manusia terakhir. Cuba bayangkan ramai tak ramai umat manusia yang ada pada hari tu ? Pastu keadaan kita pada hari tu sama macam keadaan umat manusia pada zaman dahulu mean zaman para Nabi. Rasullullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari tu. 

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sekian, assalamualaikum :) 




Kura-kura comel cakap I LOVE YOU

No comments:

Post a Comment