Monday, December 24, 2012

Mati itu Pasti.




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم 
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


Assalamualaikum w.b.t :) Alhamdulillah hari ni kita masih berkesempatan dan diberi keizinan oleh Allah untuk kita terus menjalani kehidupan di dunia ini. Orang cakap dunia hanya sementara. Ya ! dunia hanyalah sementara, yang kekal abadi adalah akhirat. Dan tujuan sebenar kita hidup di dunia ini adalah untuk kita kumpul seberapa banyak amalan yang boleh kita kutip sewaktu kita jadi khalifah Allah di bumi ini. Untuk apa amalan semua tu mestilah sebagai bekalan sewaktu kita di akhirat kelak. Apa yang akan jadi kepada kita di akhirat kelak adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Kita sendiri yang tentukan ia untuk diri kita. Bukan orang lain. Sewaktu kita di sana tak da siapa yang boleh tolong kita melainkan amalan2 kita sewaktu kita hidup. Nanti jugak akan ada timbangan dosa dan pahala kita sewaktu kita hidup. Sama ada pahala lebih banyak atau dosa lebih banyak. Kita sendiri yang tentukan :) 




Pernah tak kita fikir apa akan jadi dekat kita selepas kita mati. Di mana malam pertama kita dikubur, datangnya Malaikat yang akan menyoal kita. Bersediakah kita? Bersediah aku? Ya Allah :( Macam mana keadaan kita sewaktu di sana? Apakah sebab kita kena seksa? Bagaimanakah cara nyawa kita ditarik? 


“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, Wahai jiwa yang tenang, Pulanglah kehadrat Tuhan mu dengan gembira dan diredhai, masuklah dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuk pula dalam syurga-Ku…”


Berfikirlah sejenak. Kalau dosa kita masih banyak, pulanglah ke jalan Allah iaitu jalan orang2 yang lurus dan jalan orang2 yang diredhai Allah :') Pintu taubat ini masih terbuka untuk kita selagi matahari tidak terbit dari tempat terbenamnya dan selagi bumi dalam keadaan gelap selama tiga hari berturut-turut. Selagi itu kita masih ada peluang. Mati itu tidak kira waktu dan mati itu tidak tunggu hari berlakunya kiamat. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat-Nya dan tidakberpaling dari jalan-Nya.. Peliharalah amal ibadat buat bekalan di akhirat kelak :) Assalamualaikum...



Kura-kura comel cakap I LOVE YOU

No comments:

Post a Comment